Monday 25 February 2013

Kenali Thailand








Bendera Thailand





SEJARAH

Kerajaan Thai (nama rasmi bahasa Thai: ราชอาณาจักรไทย Ratcha Anachak Thai; atau Prathēt Thai), yang sering disebut Thailand dalam bahasa Inggeris, atau dalam bahasa aslinya Mueang Thai (dibaca: “meng-thai”, sama dengan versi Inggerisnya, bererti “Negeri Thai”), adalah sebuah negara di Asia Tenggara yang bersempadan dengan Laos dan Kamboja di timur, Malaysia dan Teluk Siam di selatan, dan Myanmar dan Laut Andaman di barat. Kerajaan Thai dahulu dikenali sebagai Siam sehingga11 Mei 1949 dan menyebabkan nama Siam masih digunakan di kalangan warga negara Thai terutama kaum Tionghoa. Kata “Thai” (ไทย) bererti “kebebasan” dalam bahasa Thai serta merujuk kepada suku Thai.

Asal mula Kerajaan Thai secara tradisional dikaitkan dengan sebuah kerajaan Sukhothai yang didirikan pada tahun 1238. Kerajaan ini kemudian diteruskan dengan Kerajaan Ayutthaya yang didirikan pada pertengahan abad ke-14. Kebudayaan Kerajaan Thai dipengaruhi oleh Tiongkok dan India. Hubungan dengan beberapa negara besar Eropah bermulai pada abad ke-16. Meskipun mengalami tekanan yang kuat. Kerajaan Thai tetap bertahan sebagai satu-satunya negara di Asia Tenggara yang tidak pernah dijajah oleh negara Eropah termasuk ancaman kekerasan daripada kuasa Barat.

Sebuah revolusi tak berdarah pada tahun 1932 menyebabkan bermulanya monarki konstitusional. Sebelumnya dikenal dengan nama Siam, negara ini mengganti nama internasionalnya menjadi “Thailand” pada tahun 1939. Kerajaan Thai mulai bergerak ke arah demokrasi sejak tahun 1980-an.

Kalender Kerajaan Thai didasarkan pada Tahun Buddha, yang lebih cepat 543 tahun dibandingkan kalender Barat. Tahun 2000 Masehi sama dengan tahun 2543 dalam kalender Kerajaan Thai.

Pada 26 Desember 2004, pesisir barat Kerajaan Thai menerima tsunami setinggi 10 meter setelah terjadinya gempa bumi di Samudra Hindia pada 2004.

Pada awal 2005 terjadi sebuah tragedi di Selatan Thai yang mempunyai populasi majoriti Muslim. Sekitar 70 orang terbunuh akibat kekerasan yang dilakukan oleh rezim Shinawatra. Banyak negara yang mengecam keras tragedi ini. Namun dalam pemilihan ketua pemerintahan, Thaksin Shinawatra kembali memerintah negara ini untuk empat tahun berikutnya.








AGAMA


Buddha Theravada adalah agama yang dianut lebih dari 90% penduduk Thai . Thailand juga sangat mendukung kebebasan beragama, dimana terdapat umat Muslim, Kristen, Hindu dan Sikh yang bebas menganut agama masing-masing di Thailand.




Sistem Pemerintahan Beraja di Thailand sebelum campur tangan Barat

  










Sistem beraja di Thailand merupakan kesinambungan daripada beberapa dinasti sebelumnya. Pemerintahan Dinasti Chakri telah berjaya mengekalkan kemerdekaan Thailand daripada penguasaan penjajah Barat. Sistem pemerintahan beraja Thailand adalah berkuasa mutlak. Ajaran agama Hindu-Buddha meletakkan raja mempunyai kuasa mutlak tanpa boleh dipersoalkan. Dalam hal yang demikian, raja dianggap sebagai keturunan dewa dan mempunyai darah putih. Mereka dikaitkan dengan dewa atau tuhan yang dikenali sebagai devaraja. Konsep devaraja melihat raja sebagai bayangan tuhan. Hak seorang pemerintah berasaskan bun rami atau kuasa akhlak dan kebolehan peribadi. Seseorang yang ingin menjadi raja tidak semestinya berasal daripada dinasti yang pernah memerintah, tetapi memaparkan bun rami dan kebolehan yang luar biasa. Seorang raja berhak memerintah selagi masih mempunyai bun rami. 

   Di samping itu, dalam bidang politik raja memainkan peranan penting, iaitu memelihara perpaduan dalam kalangan masyarakat. Dalam masa yang sama merupakan alat untuk mengawal sistem pentadbiran negara. Lebih penting lagi raja mempunyai penguasaan yang cukup besar terhadap sumber tenaga manusia. Sebagai contoh, Raja Mongkut merupakan raja yang berjaya mengelakkan Thailand daripada dijajah oleh kuasa asing melalui kebijaksanaannya. Beliau mengamalkan dasar diplomasi dengan kuasa- kuasa Barat untuk mengekalkan kemerdekaan dan kedaulatan Thailand.

     Selain itu, dalam sistem ekonomi, abad ke-19 merupakan tempoh kuasa besar giat meluaskan pengaruh mereka di Asia Tenggara. Raja Thailand telah mengamalkan dasar berbaik-baik dengan kuasa Barat. Contohnya, pada tahun 1824 kerajaan Thailand dan British telah menandatangani suatu perjanjian yang membolehkan Thailand memperoleh pengiktirafan daripada British untuk menguasai Negeri-negeri Melayu. Thailand telah mengamalkan dasar pintu terbuka untuk mendapatkan hasil dagangan daripada negara luar. Hal ini telah dilakukan semasa pemerintahan Raja Rama III. Sistem pemerintahan beraja di Thailand, terutama dalam aspek sosial memperlihatkan perubahan ketara semasa pemerintahan Raja Mongkut. Beliau telah mengubah adat istiadat seperti upacara meminum air ketaatan. Pemerintah Mongkut telah mengubah suai beberapa adat lain seperti membenarkan rakyat melihat wajah raja dapat merapatkan golongan rakyat dengan pemerintah.

     Selain itu, Raja Chulalongkorn merupakan seorang raja yang berwibawa. Beliau telah mendapat pendidikan tradisional dan pendidikan Barat. Faktor ini telah membantu Raja Chulalongkorn dalam kejayaan pemerintahan beliau. Chulalongkorn telah melakukan pengubahsuaian dalam adat tempatan seperti menghapuskan adat menunduk kepala semasa berhadapan dengan raja. Beliau juga menghapuskan amalan perhambaan, memberikan kebebasan beragama, membahagikan Thailand kepada 18 monthon dan setiap monthon dibahagikan kepada beberapa maun..




























Sejarah Negara Thailand


Asal mula Thailand secara tradisional dikaitkan dengan sebuah kerajaan yang berumur pendek, Kerajaan Sukhothai yang didirikan pada tahun 1238. Kerajaan ini kemudian diteruskan Kerajaan Ayutthaya yang didirikan pada pertengahan abad ke-14 dan berukuran lebih besar dibandingkan Sukhothai. Kebudayaan Thailand dipengaruhi dengan kuat oleh Tiongkok dan India. Hubungan dengan beberapa negara besar Eropa dimulai pada abad ke-16 namun meskipun mengalami tekanan yang kuat, Thailand tetap bertahan sebagai satu-satunya negara di Asia Tenggara yang tidak pernah dijajah oleh negara Eropa, meski pengaruh Barat, termasuk ancaman kekerasan, mengakibatkan berbagai perubahan pada abad ke-19 dan diberikannya banyak kelonggaran bagi pedagang-pedagang Britania.

Sebuah revolusi tak berdarah pada tahun 1932 menyebabkan dimulainya monarki konstitusional. Sebelumnya dikenal dengan nama Siam, negara ini mengganti namanya menjadi Thailand pada tahun 1939 dan untuk seterusnya, setelah pernah sekali mengganti kembali ke nama lamanya pasca-Perang Dunia II. Pada perang tersebut, Thailand bersekutu dengan Jepang; tetapi saat Perang Dunia II berakhir, Thailand menjadi sekutu Amerika Serikat. Beberapa kudeta terjadi dalam tahun-tahun setelah berakhirnya perang, namun Thailand mulai bergerak ke arah demokrasi sejak tahun 1980-an.