Saturday 11 May 2013

Pilihanraya Negeri Kedah. PRU12 dan PRU13. Satu analisis!



 
 Bendera Negeri Kedah

 
Kedah mempunyai  36 buah kerusi Dewan Undangan Negeri yang mana 14 kerusi dimiliki BN dan 22 Pakatan Rakyat, termassuk 16 dari PAS.  Kedah telah di perintah oleh BN sejak merdeka, tetapi jatuh ketangan Pakatan Rakyat kerana  kekuatan jaringan parti PAS di sana disamping suasana luarbiasa yang bermain sewaktu PRU 12. Ini termasuk penolakan BN oleh kaum Cina dan India, walaupun majoriti penggundi Melayu masih bersama BN. Disamping itu  kecaman daripada  mantan Perdana Menteri  Tun Mahathir Mohammad ketika itu juga  menjadi faktor penyebab kejatuhan negeri Kedah ketangan Pakatan Rakyat.


Dewan Undangan Negeri Kedah
Keputusan pilihan raya Malaysia pada 8 Mac 2008 bagi Dewan Undangan Negeri

Calon
Kerusi
Kerusi (%)
Kedah



Barisan Nasional (BN)(Pembangkang):
36
14
38.89
Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO)
28
2
33.33
Persatuan Cina Malaysia (MCA)
4
1
2.78
Kongres India Se-Malaysia (MIC
2
0
0.00
Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan)
2
1
2.78
Parti Alternatif, termasuk parti komponen Pakatan Rakyat:
38
22
61.11
Parti Tindakan Demokratik (DAP)
2
1
2.78
Parti Islam SeMalaysia (PAS)
24
16
44.44
Parti Keadilan Rakyat (PKR)
12
5
13.89
Bebas (dan lain-lain)
3
0
0.00

76
36
100.00


No.
Kawasan DUN
Menjadi ADUN
Mewakili Parti
N1
Ayer Hangat
Mohd Rawi Abdul Hamid
BN
N2
Kuah
Nawawi Ahmad
BN
N3
Kota Siputeh
Abu Hasan Sarif
BN
N4
Ayer Hitam
Abd Ghani Ahmad
PAS
N5
Bukit Kayu Hitam
Ahmad Zaini Japar
BN
N6
Jitra
Saad Man
BN
N7
Kuala Nerang
Syed Sobri Syed Hashim
BN
N8
Pedu
Mahdzir Khalid
BN
N9
Bukit Lada
Ahmad Izzat Shauki
PAS
N10
Bukit Pinang
Md Rohsidi Osman
PAS
N11
Derga
Cheah Soon Hai
BN
N12
Bakar Bata
Ahmad Bashah Md Hanipah
BN
N13
Kota Darul Aman
Lee Guan Aik
DAP
N14
Alor Mengkudu
Ismail Salleh
PAS
N15
Anak Bukit
Amiruddin Hamzah
PAS
N16
Kubang Rotan
Mohd Nasir Mustafa
PAS
N17
Pengkalan Kundor
Phahrolrazi Zawawi
PAS
N18
Tokai
Mohamad Taulan Rasul
PAS
N19
Sungai Tiang
Suraya Yaacob
BN
N20
Sungai Limau
Azizan Abdul Razak
PAS
N21
Guar Chempedak
Ku Abd Rahman Ku Ismail
BN
N22
Gurun
Leong Yong Kong
BN
N23
Belantek
Mohd Tajudin Abdullah
BN
N24
Jeneri
Yahya Abdullah
PAS
N25
Bukit Selambau
S. Manikumar
PKR
N26
Tanjong Dawai
Hamdan Mohamed Khalib
PAS
N27
Pantai Merdeka
Abdullah Jusoh
PAS
N28
Bakar Arang
Tan Wei Shu
BEBAS
N29
Sidam
Tan Joon Long @ Tan Show Kang
PKR
N30
Bayu
Azmi Che Husain
BN
N31
Kupang
Johari Abdullah
PAS
N32
Kuala Ketil
Md Zuki Yusof
PAS
N33
Merbau Pulas
Siti Aishah Ghazali
PAS
N34
Lunas
Mohd Razhi Salleh
BEBAS
N35
Kulim
Lim Soo Nee
PKR
N36
Bandar Baharu
Yaakub Hussin
PAS

SEBELUM Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12), kawasan di selatan Kedah yang merangkumi Parlimen Merbok, Sungai Petani, Baling, Padang Serai dan Kulim Bandar Baharu adalah kubu kuat Barisan Nasional (BN). Namun, atas sebab-sebab tertentu, kerusi Parlimen terbabit beralih ke tangan pembangkang. Begitu juga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN). Daripada 12 yang dipertandingkan, BN hanya mampu menang di Bayu, sementara selebihnya disapu Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas.

Dalam PRU-13 ini pula, 'suhu politik' selatan Kedah tetap panas. Ia menyaksikan persaingan sengit antara calon yang mewakili parti-parti besar, yakni BN, PKR dan Pas selain calon parti kecil seperti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) dan Barisan Jemaah Islamiah Semalaysia (Berjasa). Kehangatan itu ditambah lagi dengan kehadiran ramai calon Bebas yang mencuba nasib. Keadaan ini menjadikan beberapa kerusi di Kedah selatan sebagai medan pertembungan calon-calon antara tiga hingga enam penjuru.

Mendahului senarai berkenaan adalah di DUN Sidam yang menyaksikan pertembungan enam penjuru- yang paling banyak di Kedah. Selain BN yang mempertaruhkan muka baharu, Bee Seiong Heng, turut bertanding ialah Dr. Robert Ling Kui Ee (PKR), Vincent Uh Chorng Von (KITA) dan masing-masing tiga calon Bebas iaitu Zamil Ibrahim, Tan Hock Huat serta Ooi Beng Kui.

Bagi kerusi Parlimen pula, Padang Serai mencatatkan pertembungan lima penjuru antara bekas Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Heng Seai Kie (BN); Naib Presiden Parti PKR, N. Surendran; penyandang kerusi berkenaan, N. Gobalakrisnan (Bebas), Hamidi Abu Hassan dari Berjasa dan seorang lagi calon Bebas, Othman Wawi.

Di samping itu, Parlimen Sungai Petani menyaksikan pertandingan empat penjuru manakala di DUN Bukit Selambau, lima penjuru. Untuk rekod, kerusi DUN Bukit Selambau pernah menyaksikan calon paling ramai bertanding iaitu dalam Pilihan Raya Kecil pada 7 April 2009 melibatkan pertembungan 15 penjuru sehingga memaksa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mencetak kertas undi dalam saiz lebih sebesar A4.

Kemunculan ramai calon Bebas ini dikatakan berpunca daripada rasa tidak puas hati daripada kalangan mereka yang merajuk kerana tidak dipilih oleh parti. Ada juga melihat kemunculan calon Bebas adalah untuk memecahkan undi dan memberikan kelebihan kepada parti-parti tertentu.

Apapun, kemunculan calon bertanding banyak penjuru ini sudah tentu mampu menggugat kedudukan calon parti utama yang bertanding seperti BN dan pakatan pembangkang. Bagi BN, kawasan selatan Kedah sememangnya dianggap penting kerana jika berjaya merampas kembali kawasan itu, peluang untuk membentuk kerajaan negeri amatlah tinggi.

Dengan kata lain, BN perlu memenangi seberapa banyak mungkin daripada 12 kerusi DUN yang dipertandingkan di kawasan Kedah selatan. Buat masa ini, kekuatan BN terletak di 17 kerusi DUN kawasan Kedah utara, sementara tujuh kerusi lagi di Kedah tengah dengan peluang 50-50. Kedah mempunyai 36 kerusi DUN dan 15 Parlimen.

Hakikat kepentingan kerusi-kerusi di selatan Kedah ini diakui sendiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa berucap dalam Majlis Perasmian Berkelompok Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian-bahagian Kedah Selatan di Baling pada 30 Ogos tahun lalu. Menurut Pengerusi BN itu, jika kerusi kawasan Kedah selatan berjaya ditawan, sudah pasti Kedah akan menjadi milik BN pada kali ini.

Malah, bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad turut mengakui perlunya bagi BN memenangani kerusi di kawasan selatan Kedah. Dr. Mahathir yang kerap turun padang berkempen di negeri Kedah sejak akhir-akhir ini juga mengulangi pesanan yang sama. Jika ditanya kenapa orang Kedah selatan sebelum ini banyak memihak pembangkang? Sudah tentu banyak jawapan yang boleh diberikan.

Berdasarkan pemerhatian rambang penulis, faktor demografi pengundi merupakan salah satu petanda penting. Umum tahu, di selatan Kedah, purata pengundi daripada kaum Melayu, Cina dan India berada pada tahap hampir sama rata. Di samping itu, ramai di kalangan pengundi di kawasan Kedah tengah terutamanya di bandar-bandar besar seperti Sungai Petani dan Kulim terdiri daripada golongan kelas menengah yang dilihat bersifat 'atas pagar'.

Golongan atas pagar ini akan membuat pertimbangan memilih calon bukan sahaja berdasarkan dasar yang dibawa parti tetapi melihat visi atau keperibadian calon. Satu lagi faktor adalah kecenderungan pengundi 'terpengaruh' dengan prospek pembangkang di kawasan berjiranan dengan mereka iaitu kerajan DAP di Pulau Pinang. Tambahan pula ramai dalam kalangan penduduk Kedah selatan bekerja dan ulang-alik setiap hari ke Pulau Pinang.

Mengambil kira faktor tersebut, sudah tentu, pengundi kawasan selatan Kedah akan fikir 'berkali-kali' sebelum membuang undi.



Isu-Isu Panas di Kedah Menjelang Pilihanraya

Isu isu Balak Anugerah, balak kurniaan kerajaan negeri kepada pembalak hingga licin habis gunung dan bukit di Kedah ni disapu mereka. Malah ekosistem pun terjejas akibat pembalakkan membabi buta.

Isu kedua, ialah isu permit bersihkan sungai, kerajaan negeri keluarkan permit bersihkan sungai kepada pemaju, yang menjadi persoalannya cara mereka bersihkan sungai tu, sekali bersih sampai ada 100 lori angkut pasir keluar. Nak bersih sungai ka nak sapu pasir sungai?

Isu ketiga ialah berkenaan projek Keli-K yang mengalami kerugian berjuta-juta. Apabila disoal apa tindakan mereka untuk menyelamatkan projek berkenaan, ada wakil kerajaan negeri bersuara dengan mengatakan sebelum projek Keli-K bermula, mereka telah pun untung berjuta-juta hasil tebangan balak dan pasir ditempat berkenaan. Patut la ada orang kata ikan di Keli-K makan balak dan pasir. Depa bela Keli, tapi balak dan pasir yang habis di kaut! he he..

Kemudian muncul isu keempat, Tanah wakaf Madrasah Salihiah, apabila MAIK telah menjual tanah wakaf yang sepatutnya dimajukan untuk umat Islam beribadat, tetapi ianya dijual kepada pemaju cina kapir harbi untuk dijadikan shopping mall. Malah pengurusan jual beli tanah wakaf tersebut juga melibatkan pelbagai penyelewengan.

Isu kelima ialah isu Air di Baling, yang semakin tercemar. Akibat dari pembalakkan yang tidak terkawal, air tadahan untuk sumber rakyat Baling telah dicemari dengan tanah-tanah merah. Hingga menyebabkan air paip yang dibekalkan kepada rakyat Baling begitu keroh sekali. Seakan-akan Sungai Klang di Lembah Kelang.

Isu keenam juga membabitkan aktiviti pembalakkan, iaitu ekosistem yang terjejas akibat pembalakkan yang semakin mengila dan menyebabkan tikus hutan berpindah ke kawasan peranginan seperti Bukit Hijau, Lata Bayu, Lata Mengkuang dan Sedim. Akibat dari perpindahan itu, tempat-tempat peranginan telah dipenuhi dengan tikus dan haiwan liar, hingga ada pengunjung yang sudah terkena kencing tikus dan mengakibatkan kematian. Setakat ini sudah ada 3 kematian!

Isu ketujuh adalah isu kuari batu Gunung Pulai juga di Baling. Kerajaan Pas Kedah cuba menjual Gunung Pulai kepada taukeh kuari batu dari Ipoh Perak dengan harga RM50 juta. Namun ia mendapat tentangan hebat dari penduduk disekeliling Gunung tersebut kerana, kuari batu boleh menjejaskan perkampungan dan kehidupan mereka. Namun Mc dimaklumkan isu itu masih lagi belum selesai, pihak pemaju kuari dan kerajaan negeri sedang berusaha memujuk penduduk kampung supaya bersetuju.