Monday 4 March 2013

Adat Perkahwinan Masyarakat Thai

Perkahwinan dalam masyarakat Thai biasanya diadakan di rumah pengantin perempuan. Apabila upacara perkahwinan bermula, kedua pengantin akan melakukan sembahyang di tempat khas, memohon Lord Buddha menyaksikan perkahwinan ini serta mencucuri rahmat dan kesejahteraan hidup kepada pasangan tersebut. Selepas itu, pasangan pangantin kemudiannya akan duduk bersimpuh dan menundukkan badan mereka atas bantal atau bangku rendah yang disediakan khas dan tangan mereka akan bertangkup. Bomoh kemudiannya akan meletakkan kalung yang diperbuat dari benang hidup (benang sutra) atas kepala pasangan pengantin tersebut. Kedua–dua kalung itu dihubungkan pada seutas benang. Hubungan ini menandakan pencantuman hidup mereka itu sebagai suami isteri. Ibu bapa pasangan pengantin akan melafazkan nasihat serta ajaran rukun rumah tangga kepada pasangan pengantin supaya dapat hidup bersama dengan aman damai sehingga akhir hayat. Para sami yang dijemput khas upacara perkahwinan itu kemudiannya akan membacakan doa selamat sambil merenjiskan air doa serta menaburkan bunga–bunga ke atas pasangan tersebut.

No comments:

Post a Comment