Wednesday 29 May 2013

CiNtA bUnGa DaN GloBalisASi....


Cinta merupakan satu ukuran asas pengalaman manusia yang memberikan antaranya perasaan kasih sayang, asas kemesraan dan keserasian antara perseorangan. Cinta juga merupakan perasaan yang menarik perasaan dan hubungan kepada alam, benda hidup atau makhluk lain. 









Cinta muncul dalam pelbagai jenis antaranya:

Cinta platonis :adalah jenis cinta yang paling sederhana yang dialami oleh manusia. Cinta ini tidak menuntut apa-apa dari pasangan.

Cinta Xterbalas: Cinta yang berbalas kesedihan dan banyak mengalami masalah

Cinta Obsesif : Cinta seorang kekasih yang ketandusan kasih sayang apabila pasangan anda tidak berada dekat dengan anda. 

Cinta Egois: seseorang yang tidak peduli apa yang dirasakan oleh pasangannya

Cinta pada pandangan pertama : Cinta yang paling spontan dan seringkali cepat dilupakan

Cinta romantik: cinta yang menyenangkan

Cinta tidak bersyarat: cinta jenis ini tidak mudah diperolehi 

Kennedy dan Cohen menjelaskan bahawa transformasi ini telah membawa kita kepada globalisasi iaitu sebuah kesedaran dan pemahaman baru tentang dunia. Giddens menegaskan sebenarnya kita turut mengambil bahagian dalam sebuah dunia yang telah berubah tanpa menyedari perkembangan globalisasi dunia.  

Apa itu cinta, bunga dan globalisasi..???

Cinta sering kali dikaitkan dengan globalisasi. Cinta zaman sekarang  lebih senang dicari kerana medium  
yang terdapat kini memungkinkan kita berhubung dengan orang atau pasangan dengan mudah. Bunga-bunga cinta muda mudi menjadikan masyarakat terjerumus dalam kancah masalah sosial. Facebook, Twitter, Instagram dan We Chat  telah menjadi salah satu medium mencari cinta pada masa kini. Globalisasi yang berlaku kepada semua negara telah menyebabkan masyarakat terlalu obses dengan gaya hidup mewah yang mementingkan materialistik keduniaan semata-mata. Globalisasi memberi pengaruh yang sangat hebat kepada seluruh masyarakat dunia........

P/s... Cinta dunia tidak kekal
        Yang kekal hanyalah cinta kepada Allah.....


No comments:

Post a Comment