Wednesday 29 May 2013

ISU LAHAD DATU

ISU LAHAD DATU DARI SUDUT AUTORITY DEFINE DAN EVERYDAY DEFINE


Autority Define

Rakyat harus didedahkan dengan maklumat yang selama ini cuba diselindung bagi menutup pekung ketelanjuran pemerintah. Punca tercetusnya pencerobohan dan punca tuntutan orang Sulu di Lahad Datu tidak pernah dibicarakan di peringkat nasional oleh media arus perdana, maka SAMM mengambil tanggungjawab melaksanakan misi kesedaran. 

Dengan rangkaian besar SAMM di setiap negeri di Malaysia, juga dengan modus operandi dua aksi "Smoke Operation" terdahulu, SAMM yakin tidak punya kekangan yang besar untuk memastikan risalah penting ini sampai tepat kepada isirumah di seluruh pelusuk tanahair.

Mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad berpendapat kerajaan tiada pilihan lain kecuali melancarkan serangan balas terhadap penceroboh di Lahad Datu, dekat Sabah dan bersedia menghadapi kemungkinan serangan hendap yang berterusan di masa akan datang.

“Saya berpendapat kerajaan cukup berhati-hati dalam menangani isu ini dan berharap ia dapat diselesaikan tanpa pertumpahan darah.

“Tetapi malangnya berlaku pertumpahan darah dan usaha kerajaan kita tidak dihargai oleh penceroboh dari Sulu hingga sanggup membunuh anggota pasukan keselamatan negara.

“Sekarang ini, tiada jalan lain di pihak kerajaan selain melancarkan serangan balas supaya penceroboh dapat dihapuskan kerana mereka yang menyerang Sabah bukan kita yang menyerang mereka,” katanya kepada pemberita selepas program Himpunan Rakyat anjuran Persatuan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) di Dataran Bagan Serai yang dihadiri hampir 13,000 rakyat jelata dari sekitar Bagan Serai dan Parit Buntar.

Beliau berkata, isu ini tidak akan tamat begitu sahaja sebaliknya pihak penceroboh akan cuba melaksanakan serangan hendap di masa akan datang dan perkara ini tidak boleh dipandang ringan.

Tambahnya, kerajaan perlu membuat persediaan awal untuk menghadapi serangan hendap yang berturut-turut selepas ini.

Katanya lagi, pasukan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) perlu dihantar untuk mengawal kemasukan sebarang bot dari selatan Filipina seperti bahagian Tawi-tawi dan Jolo kerana penceroboh mungkin cuba menyeludup bekalan senjata.

Ditanya mengapa pasukan tentera tidak dikerah untuk menangani isu itu di peringkat mula, Mahathir berkata, dalam negara ini, soal keselamatan negara dibahagikan kepada dua bahagian iaitu ancaman dari luar dan dalam negara.

“Pada mulanya kita lihat insiden di Lahad Datu ini bukan serangan luar kerana mereka berada dalam wilayah kita tetapi kini jelas serangan ini datang dari luar. Jusuteru itu, pihak tentera sudah diarah untuk mengambil bahagian,” katanya.

Beliau menambah lagi, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertindak sebagai penghasut dengan menawarkan janji kepada rakyat Sabah dan Kesultanan Sulu bahawa mereka akan mendapat 20 peratus royalti minyak serta status wilayah autonomi kepada negeri berkenaan.

“Jadi mereka (kumpulan) ini yakin dan percaya akan dapat menawan Sabah dan menubuhkan wilayah autonomi yang akhirnya bakal mencetuskan perang di negara kita,” tegas beliau lagi.

Mantan Perdana Menteri itu juga berkata, pada awalnya kerajaan begitu berhati-hati dalam menangani isu berkenaan kerana ramai rakan dan ahli keluarga penceroboh berada di Sabah.

“Sebab itu, kita berhati-hati pada mulanya kerana mereka juga umat Islam dan kita tidak mahu tergesa-gesa bunuh orang Islam. Apabila mereka tunjuk niat jahat dengan menembak mati dua anggota polis kita, maka kita tidak boleh anggap ia peristiwa yang boleh diselesaikan menerusi rundingan.

“Tindakan keras yang mungkin sebabkan ramai anggota penceroboh terbunuh dan rakyat kita juga menjadi mangsa akan berlaku tetapi tindakan keras harus diambil,” katanya lagi.



Everyday Define

Sejak pencerobohan di Lahad Datu bermula, rata-rata perbualan masyarakat tertumpu kepada isu ini. Walaupun kes pencerobohan ini boleh dikategorikan sebagai kes terpencil kerana berlaku di satu negeri sahaja, kesannya sangat besar kepada rakyat Malaysia.

Awal-awal lagi Malaysia telah melabel mereka sebagai pengganas atau penceroboh. Ini bermakna mereka tidak dianggap tentera sebuah kerajaan. Definisi penceroboh umpama pencuri yang memasuki rumah milik orang lain secara tidak rela oleh tuan rumah.

Jika mereka dianggap penceroboh, maka pihak yang bertanggungjawab terhadap kes jenayah adalah PDRM. Hal ini kerana jenayah yang dilakukan akan disabitkan dibawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah khas) 2012. 

Jika Malaysia awal-awal lagi menggunakan tentera sebagai barisan hadapannya maka Undang-Undang Kemanusiaan Antarabangsa (UUKA) atau lebih dikenali sebagai Undang-Undang Peperangan (Law of War) atau Undang-Undang Konflik Bersenjata (Law of Armed Conflict). UKKA berasaskan Undang-Undang Konvensyen Geneva 1949 merupakan peraturan yang menghadkan penggunaan senjata dan kaedah peperangan semasa konflik. Tentunya peperangan gerila akan menguntungkan pengganas Sulu.


Pencerobohan di Lahad Datu juga menyedarkan Malaysia bahawa keamanan yang dikecapi selama ini tidak mustahil untuk digugat oleh anasir luar yang sentiasa cuba untuk menghuru-harakan keadaan di negara ini. Kesiapsiagaan terhadap ancaman "perosak" keamanan harus dipertingkatkan lagi.

No comments:

Post a Comment