Wednesday 29 May 2013

Pengenalan IPG Dato Razali

PENGENALAN IPG KAMPUS DATO’ RAZALI ISMAIL, KUALA TERENGGANU

Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail, Kuala Terengganu terletak di Mukim Batu Rakit, iaitu 25 kilometer dari Bandar Kuala Terengganu dengan keluasan 64.192 hektar. IPG Kampus Dato’ Razali Ismail dibuka pada Oktober 1980 dan dikenali dengan nama Maktab Perguruan Kuala Terengganu, Batu Rakit (MPKTBR) dan telah dirasmikan pada 29 September 1984 oleh YB. Dato’ Seri Abdullah Bin Haji Ahmad Badawi, Menteri Pelajaran Malaysia ketika itu.

Pada 1 April 2006 menerusi Surat Pekeliling Ikhtisas, MPKTBR telah dinaik taraf kepada Institut Perguruan Kuala Terengganu selaras dengan tawaran pengajian peringkat ijazah sarjana muda. Pada 16 Januari 2009, YAB Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Timbalan Perdana Menteri Malaysia telah merasmikan pengisytiharan Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Dato Razali Ismail sebagai nama baharu menggantikan nama Institut Perguruan Kuala Terengganu.

IPG Kampus Dato’ Razali Ismail menawarkan kursus praperkhidmatan dan dalam perkhidmatan. Kursus-kursus yang ditawarkan adalah seperti berikut:
a.         Kursus Pra Perkhidmatan
i.          Kursus Sepenuh Masa
Kursus ini menawarkan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) dan Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI)
ii.          Kursus Dalam Cuti
Kursus ini dilaksanakan semasa cuti sekolah bagi meningkatkan tahap profesionalisme guru. Kursus yang ditawarkan seperti Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI), Program Pengsiswazahan Guru, Kursus Diploma Perguruan Malaysia (KDPM)

b.         Kursus Dalam Perkhidmatan
Kursus ini dijalankan bagi meningkatkan pengetahuan pedagogi dan profesionalisme dalam kalangan guru sekolah seperti Kursus Pendek Kelolaan Institut (KPKI) dan Kursus Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkasakan Bahasa Inggeris (MBMMBI)

            MISI IPG
Institut Pendidikan Guru melahirkan guru yang kompeten dan berjiwa pendidik melalui program pembangunan guru yang dinamik kea rah pendidikan sekolah bertaraf dunia.

            VISI IPG
            IPG Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru.

            FALSAFAH PENDIDIKAN GURU
Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin pembangunan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin.

  PIAGAM PELANGGAN IPG
1. Mengaplikasi kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran yang efektif secara berterusan.
 2. Memberi latihan dan bimbingan secara bersepadu.
3. Mewujudkan dan mengeratkan pemuafakatan pintar secara professional dengan sekolah, institusi pendidikan awam serta pelbagai agensi dan masyarakat sekitar.
4. Mentaksir, menilai dan menguji prestasi pelajar berasaskan kriteria yang d
5. Mewujudkan interaksi dan komunikasi secara professional dan berkesan               6. Mengurus kewangan institusi mengikut prosedur dan pekeliling yang ditetapkan.
7. Memastikan elaun pelajar di bayar sebelum 10 hari bulan setiap bulan.
8. Mengambil tindakan ke atas aduan pelanggan dalam tempoh 7 hari bekerja.
9. Melaksanakan objektif , dasar, manual dan prosedur kualiti serta dokumen- dokumen.
  

No comments:

Post a Comment